SEJARAH PPKI SK KUBU

PPKI SK Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1996. PPKI ditempatkan di sebuah bangunan berasingan dari kelas biasa. Mempunyai lima kelas/bilik mengikut stesyen iaitu Bilik Bahasa, Pendidikan Islam/Moral, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Monday 18 April 2011

Cucur kodok Kangkung

Hari ini murid telah pun menuai tanaman kangkung mereka. Oleh kerana sayur kangkung 'trial'...maka Cikgu Suriani menurunkan ilmunya membuat cucur kodok kangkung. Boleh tahan sedap juga rasanya... Ahmad Nor cakap...rasa daun jer cikgu!! hehehe

Lihatlah hasil tanaman mereka. Bebas racun serangga..selamat untuk dimakan!! Insya Allah...

Cucur kodok kangkung

Ameen dan Faizal gembira mencubanya

Cubalah!!

Pertandingan Bowling Zon Bukit Cina

Laporan Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas

Zon Bukit Cina, Melaka

2011


Tarikh : 31 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa :  8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Ayer Keroh.
Peserta-peserta :

1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz
2) Muhammad Danial B. Norazman
3) Ahmad Nur Muhammad B. M. Rasul
4) Azrul Ameen B. Baharim
5) Aisyah Bt. Zarudin

Guru pengiring :
1) En. Wan Khaldun B. Wan Ismail.

 Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
1)         Pada 31 Mac 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kubu telah menyertai Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Zon Bukit Cina. Pertandingan yang diadakan bertujuan mencungkil bakat terpendam dan memilih peserta bagi mewakili Zon Bukit Cina ke Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka.

2)         Bagi pertandingan kali ini, PPKI SK Kubu telah menghantar 5 orang murid yang akan bertanding untuk kategori lelaki bawah 14 tahun, lelaki bawah 10 tahun dan perempuan bawah 10 tahun. Pertandingan ini dijalankan dengan format 3 orang peserta bagi setiap lorong (lane) dan setiap peserta perlu bermain 2 set permainan. Setiap lorong akan diawasi dan dibantu oleh seorang lane marshal.

3)         Pertandingan tenpin boling ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Encik Aziz B. Lani, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka, yang menutup rasmi pertandingan dan menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang dan peserta.

4)         Keputusan pertandingan kali ini adalah seperti berikut:

Kategori
Nama peserta
Jatuhan pin
Catatan
Lelaki bawah 10 tahun
1) Ahmad Nur Muhammad B. M. Rasul
50
Sijil
Perempuan bawah 10 tahun
1) Aisyah Bt. Zarudin
90
Johan
Lelaki bawah 14 tahun
1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz
2) Muhammad Danial B. Norazman
3) Azrul Ameen B. Baharim
62

55

30
Sijil

Sijil

Sijil

5)         Pihak PPKI SK Kubu sangat berbangga kerana adik Aisyah Bt. Zarudin telah menjadi johan dan bakal mewakili Zon Bukit Cina ke Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka. Peserta yang lain juga telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi walaupun tidak berjaya meraih sebarang trofi.

 Penutup :
            Keseluruhannya, pihak PPKI SK Kubu sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menghantar murid menyertai pertandingan ini. Daripada pertandingan ini, dapat dilihat murid-murid PPKI SK Kubu dapat menyesuaikan diri dengan komuniti luar, berdikari, berdisiplin serta berjaya menunjukkan potensi diri dan bakat dalam permainan boling. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih gemilang pada tahun yang mendatang.
Disediakan oleh;
En Wan Khaldun bin Wan Ismail

Gambar-gambar semasa pertandingan;
Aksi Adik Ahmad Nor

Sang Johan: Aisyah bte Zarudin


Adik Al Nazreen Mubin sedang mendengar tip dari cikgu


Sunday 17 April 2011

KH Perkebunan: Kangkung

Hari pertama setelah sekolah bercuti 3 hari kerana Sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Risaukan tanaman yang berada di kebun..pagi-pagi lagi dah jengah kebun..Alhamdulillah masih segar bugar lagi tanaman..mungkin sebab hujan kebelakangan ini.
Waktu matematik kelas S3 tadi, bawa murid pergi menyiram sambil mengira tanaman.
Sehari dua lagi..bolehlah kita menuai hasil tanaman kita. Kita buat kangkung goreng belacan ke..nasi goreng kampung ke...
Semoga murid-murid ini lebih suka untuk makan sayur yang mereka tanam sendiri!!

Kangkung setelah diberi baja organik



Baru setangah batas tanam..sbg percubaan

Kebun setelah dikemas

Monday 11 April 2011

KH Masakan - Roti Bakar



Hari ini, aktiviti memasak diadakan di kelas PPKI. Giliran kelas Sinaran 1 dan 3 untuk 'beraksi'. Alhamdulillah, semuanya terang hati. Mungkin sudah ada pendedahan di rumah. Hari ini, kami beramai-ramai minum pagi dengan roti bakar yang disediakan oleh kedua-dua kelas ini. Terima kasih semua!!

Tidak tahu nak cakap apa lagi..melalui gambar di bawah boleh menceritakan suasana kelas Kemahiran Hidup pada hari ini..hehehe

Gambar peralatan dan bahan yang digunakan:
Kaya
Mentega
Piring

Sudu
Roti Potong
Gambar aktiviti;

Pelajar berpakaian lengkap + bahan2

Danial sedang mencuba membakar roti
Aisyah sedang menunggu rotinya


Bersedia untuk menyapu kaya dan mentega
Danial: saya suke yang hangit2 cikgu
Aisyah memotong roti kepada dua bahagian






Sunday 10 April 2011

Kebun PPKI dan Projek Tanaman Herba

Syuaib dan Ameen di batas sayur kangkung
Dibinakan pondok untuk teduhan tanaman
Shuaib, Aisyah dan Ameen
Tanaman Herba
Batas kangkung..baru separuh tanam
Pokok Lengkuas
Pokok limau nipis
Limau nipis dan kunyit
Gambar kebun PPKI yang comel

Hari ini, bawa budak kelas sinaran 3 ke kebun. Subjek matematik, pelik kan...sekali fikir macam takde kena mengena. Tujuan bawa budak sinaran 3 ke kebun untuk pra nombor. Membezakan saiz dan mengenal warna hijau.

Mohd Shuaib agak tidak terkawal hari ini, jadi dengan membawanya ke kebun membuatkan dia melepaskan segala 'tensi' di sana. hehehe...agak berjaya juga..

Di kebun ini, kami ada menanam pokok limau nipis, lengkuas, kunyit dan halia. Sayur kangkung sebagai permulaan untuk projek yang lebih besar...Projek Keusahawanan.

Segala ilmu yang ditimba dahulu akan dicurahkan kepada anak-anak istimewa ini...Insya Allah!!

Thursday 7 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan KUBU 2011

Tanggal 2 April 2011 (Sabtu) SK Kubu telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Sambutan yang menggalakkan dari ibubapa dan guru serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Gan Tian Loo ADUN Duyung. PPKI SK Kubu telah membuat persembahan tarian semasa mesyuarat agung tersebut.




Persembahan Tarian murid aliran perdana

Adik M.Danial menerima hadiah dari YB

Adik Aisyah menerima hadiah ten pin bowling

Add caption

Persembahan tarian oleh murid PPKI
Persembahan Tarian Rampaian Tradisional
Ahmad Danial diiring untuk mengambil hadiah dari YB Datuk Gan





Program Lawatan Sandaran SK Ampang Pecah ke PPKI SK Kubu

Tanggal 30 Mac 2011, PPKI SK Kubu telah menerima kunjungan tetamu dari jauh iaitu PPKI SK Ampang Pecah, Selangor. Kami menerima dengan senang hati dan berharap pada satu hari nanti dapat membuat kunjungan balas ke Selangor pula. Beberapa aktiviti telah dirancang untuk menyambut tetamu dari Selangor. Alhamdulillah, segala perancangan telah berjalan dengan baik sekali dan harap SK Ampang Pecah tidak serik untuk ke Melaka lagi.