SEJARAH PPKI SK KUBU

PPKI SK Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1996. PPKI ditempatkan di sebuah bangunan berasingan dari kelas biasa. Mempunyai lima kelas/bilik mengikut stesyen iaitu Bilik Bahasa, Pendidikan Islam/Moral, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Wednesday, 6 April 2011

Terapi Air

OBJEKTIF;
            Adalah diharapkan melalui aktiviti seumpama ini, murid-murid khas bermasalah pembelajaran dapat:
v      Membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan mental.
v      Membina keyakinan dan pengurusan diri sendiri.
v      Membina sikap berdikari diri sendiri dan kerjasama dalam kumpulan.
v      Pendedahan tentang kehidupan bermasyarakat.
v      Menambah pengetahuan berkaitan mata pelajaran Pengurusan Diri, Sains dan Pendidikan Jasmani & Kesihatan
RASIONAL;
            Selaras dengan kurikulum terkini KSSR pada tahun 2011 iaitu komposisi matapelajaran Pendidikan Jasmani terdiri daripada kemahiran asas pergerakan, asas permainan, asas olahraga, asas akuatik, kecergasan, rekreasi dan kesenggangan. Bagi asas akuatik, kemahiran ini perlu dibina berdasarkan aplikasi disiplin ilmu dalam Sains Sukan seperti perkembangan motor, pembelajaran motor, anatomi, fisiologi, biomekanik, kecergasan, sosiologi dan psikologi. Justeru itu, PPKI SK Kubu mengambil inisiatif untuk pendedahan serta memberi peluang kepada murid-murid khas untuk mempelajari asas akuatik.
MATLAMAT
Adalah diharapkan Program Asas Akuatik ini dapat memberi kesan yang positif kepada murid-murid khas dan juga guru-guru yang terlibat kerana selain P&P di dalam bilik darjah, pendidikan luar adalah merupakan cara terbaik dalam menyampaikan dan menimba pengetahuan serta pengalaman.
PENGANJUR
Program Pendidikan Khas Integrasi (Masalah Pembelajaran) SK Kubu, guru-guru SK Kubu, Guru Besar sebagai Jawatankuasa Penasihat.
LOKASI
Kolam Renang MBMB, Bandar Hilir, Melaka.

Menunggu kolam renang di buka

Memanaskan badan dengan senyuman
Akhirnya dapat masuk ke kolam renang

Shuaib: Tak sabarnya nak mandi 

Cikgu nak ke mana tu...kolamnya di sini la....

Kita panaskan badan dulu...baru boleh mandi

Lepas panaskan badan kita bilas badan dulu yea

Belajar teknik bubling

Setiap saat dan detik sentiasa diawasi...

Hayun kaki...hayun laju-laju

Shuaib:Cikgu lambat sangat...saya berenang dulu la!

Cikgu, bila nak berenang nie..tak sabar nie!!

Akhirnya dapat juga berenang...

Mursyid: Cikgu saipul...jom aar mandi sekali!!

beratur dan salin baju di bilik persalinan

Sedia nak pulang...lain kali kita datang lagi yea cikgu...OK!!



Berenang sudah...perut pula lapar

Danial menunggu roti canainya sampai...

Sirap dah sampai...

Azlie + Cikgu Mohd Diah

No comments:

Post a Comment