SEJARAH PPKI SK KUBU

PPKI SK Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1996. PPKI ditempatkan di sebuah bangunan berasingan dari kelas biasa. Mempunyai lima kelas/bilik mengikut stesyen iaitu Bilik Bahasa, Pendidikan Islam/Moral, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Monday 18 April 2011

Pertandingan Bowling Zon Bukit Cina

Laporan Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas

Zon Bukit Cina, Melaka

2011


Tarikh : 31 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa :  8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Ayer Keroh.
Peserta-peserta :

1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz
2) Muhammad Danial B. Norazman
3) Ahmad Nur Muhammad B. M. Rasul
4) Azrul Ameen B. Baharim
5) Aisyah Bt. Zarudin

Guru pengiring :
1) En. Wan Khaldun B. Wan Ismail.

 Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
1)         Pada 31 Mac 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kubu telah menyertai Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Zon Bukit Cina. Pertandingan yang diadakan bertujuan mencungkil bakat terpendam dan memilih peserta bagi mewakili Zon Bukit Cina ke Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka.

2)         Bagi pertandingan kali ini, PPKI SK Kubu telah menghantar 5 orang murid yang akan bertanding untuk kategori lelaki bawah 14 tahun, lelaki bawah 10 tahun dan perempuan bawah 10 tahun. Pertandingan ini dijalankan dengan format 3 orang peserta bagi setiap lorong (lane) dan setiap peserta perlu bermain 2 set permainan. Setiap lorong akan diawasi dan dibantu oleh seorang lane marshal.

3)         Pertandingan tenpin boling ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Encik Aziz B. Lani, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka, yang menutup rasmi pertandingan dan menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang dan peserta.

4)         Keputusan pertandingan kali ini adalah seperti berikut:

Kategori
Nama peserta
Jatuhan pin
Catatan
Lelaki bawah 10 tahun
1) Ahmad Nur Muhammad B. M. Rasul
50
Sijil
Perempuan bawah 10 tahun
1) Aisyah Bt. Zarudin
90
Johan
Lelaki bawah 14 tahun
1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz
2) Muhammad Danial B. Norazman
3) Azrul Ameen B. Baharim
62

55

30
Sijil

Sijil

Sijil

5)         Pihak PPKI SK Kubu sangat berbangga kerana adik Aisyah Bt. Zarudin telah menjadi johan dan bakal mewakili Zon Bukit Cina ke Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka. Peserta yang lain juga telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi walaupun tidak berjaya meraih sebarang trofi.

 Penutup :
            Keseluruhannya, pihak PPKI SK Kubu sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menghantar murid menyertai pertandingan ini. Daripada pertandingan ini, dapat dilihat murid-murid PPKI SK Kubu dapat menyesuaikan diri dengan komuniti luar, berdikari, berdisiplin serta berjaya menunjukkan potensi diri dan bakat dalam permainan boling. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih gemilang pada tahun yang mendatang.
Disediakan oleh;
En Wan Khaldun bin Wan Ismail

Gambar-gambar semasa pertandingan;
Aksi Adik Ahmad Nor

Sang Johan: Aisyah bte Zarudin


Adik Al Nazreen Mubin sedang mendengar tip dari cikgu


No comments:

Post a Comment