Tarikh : 18-20 Mei 2011
Hari : Rabu hingga Jumaat
Masa : 7.40 pagi -12.30 tengahari
Tempat : Bangunan PPKI Sk Kubu.
Kehadiran:
- Guru Besar
- Semua Guru Penolong Kanan.
- Guru-guru PPKI
- Pembantu Pengurusan Murid
- Murid-murid PPKI
Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
- Minggu Aktiviti Pendidikan Khas PPKI telah dijalankan bermula 18 Mei 2011 (Selasa) hingga 20 Mei 2011(Jumaat). Minggu aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dengan kaedah dan suasana yang berbeza daripada kebiasaan bersesuaian dengan peraturan-peraturan Pendidikan(pendidikan khas) 1997, bahagian 2 yang menyatakan Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti , mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
matlamat Pendidikan Khas.
- Pada 18 Mei 2011 bersamaan hari Rabu, aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, aktiviti Bahasa Malaysia dan aktiviti Pendidikan Seni. Permainan yang diadakan dalam aktiviti sukaneka ialah teka bentuk dan mengisi air dalam botol. Aktiviti ini dipilih kerana ia dapat melatih ingatan murid koordinasi motor kasar dan halus. Aktiviti Bahasa Malaysia juga menerapkan elemen permainan seperti kerusi beracun serta lukis dan teka. Elemen permainan sangat membantu dalam menarik minat murid semasa belajar. Aktiviti Pendidikan Seni pula megadakan aktiviti ikat dan celup dimana hasilnya akan dijadikan cenderahati kepada tetamu untuk majlis penutup.
- Hari kedua Minggu Aktiviti Pendidikan Khas diisi dengan aktiviti terapi air dan pertandingan tulisan khat. Aktiviti terapi air diadakan bagi memupuk keyakinan murid di dalam air.
- Hari ketiga Minggu Aktiviti Pendidikan Khas telah diadakan aktiviti masakan dan Majlis Penutup. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En Yahya B. Md Tap, Penolong Pegawai, Unit
Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka. Majlis penutup tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan KOKU dan para ibu bapa. Majlis penutup diserikan dengan persembahan paparan power point, persembahan murid dan pemberian hadiah kepada para pemenang.
Penutup :
Secara keseluruhannya, pihak pengurusan PPKI sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menjayakan Minggu Aktiviti Pendidikan Khas
2011. Berkat sokongan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta usaha Guru-Guru Pendidikan Khas, PPM dan murid-murid maka Minggu Aktiviti Pendidikan Khas berjalan dengan lancar. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik pada tahun yang akan datang.
2011. Berkat sokongan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta usaha Guru-Guru Pendidikan Khas, PPM dan murid-murid maka Minggu Aktiviti Pendidikan Khas berjalan dengan lancar. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik pada tahun yang akan datang.
No comments:
Post a Comment