SEJARAH PPKI SK KUBU

PPKI SK Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1996. PPKI ditempatkan di sebuah bangunan berasingan dari kelas biasa. Mempunyai lima kelas/bilik mengikut stesyen iaitu Bilik Bahasa, Pendidikan Islam/Moral, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Monday, 15 August 2011

PROGRAM PERKHEMAHAN PENGAKAP ISTIMEWA PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA 2011


Tarikh : 19 hingga 21hb April 2011

Hari : Selasa hingga Khamis

Tempat : Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

Peserta-peserta :

1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz

2) Damutharan a/l Sukumaran

3) Azlie Shah bin Zaini

4) Mohd Azreen Syah bin Mohd Fedelliey Syah



Guru pengiring :

1) Pn. Roslina binti Senin.



Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
   
1)    Pada 19 hingga 21hb April 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kubu telah menyertai Program Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka.

 
2)    SK Kubu diletakkan di bawah pengurusan Zon Bukit Cina dimana sebanyak 8 zon telah terlibat dalam Program Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka yang membabitkan lebih kurang 600 peserta dari seluruh negeri Melaka.

 
3)    Program Perkhemahan tahun ini dianjurkan oleh Zon Alor Gajah yang dilaksanakan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

 
4)    Pelbagai aktiviti pertandingan telah dilaksanakan sepanjang program diadakan. Antaranya ialah mebina pintu gerbang dan gadget, nyanyian lagu pengakap, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, kawad kaki statik, ikhtiar hidup (Survival Skill), mewarna, memasak, karaoke dan persembahan dari para peserta program yang diseliakan oleh guru-guru yang terlibat. Semua aktiviti diadakan mempunyai objektif yang sama iaitu melahirkan semangat kerjasama dan persaingan antara para peserta.

 
5)    Walaupun keadaan cuaca tidak berapa mengizinkan di mana hujan telah turun pada waktu malam dan pagi, tetapi semua aktiviti telah berjaya dilaksanakan dengan komitmen dari semua yang terlibat. Ini menunjukkan semua peserta mempunyai 'survival skill' yang tinggi.

 
6)    Setiap zon dibekalkan dengan bahan mentah untuk persiapan makanan para peserta dan perlu dimasak oleh guru-guru, PPM dan murid-murid yang terlibat berdasarkan bahan mentah yang disediakan. Di sini elemen kerjasama telah diterapkan.

 
7)    Alhamdulillah, sepanjang program diadakan murid-murid SK Kubu sihat dan tidak menghadapi masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan yang baru mereka kenali.   

 

 

 
Penutup :
    Keseluruhannya, pihak PPKI SK Kubu sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menghantar murid menyertai programn ini. Daripada pertandingan ini, dapat dilihat murid-murid PPKI SK Kubu dapat menyesuaikan diri dengan komuniti luar, berdikari, berdisiplin serta berjaya menunjukkan potensi diri dan bakat dalam aktiviti yang dilaksanakan.



No comments:

Post a Comment