SEJARAH PPKI SK KUBU

PPKI SK Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1996. PPKI ditempatkan di sebuah bangunan berasingan dari kelas biasa. Mempunyai lima kelas/bilik mengikut stesyen iaitu Bilik Bahasa, Pendidikan Islam/Moral, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Tuesday, 16 August 2011

Program Perkhemahan Pengakap Dan Kem Motivasi Pendidikan Khas Peringkat Zon Bukit China2011

Tarikh         : 15-17 Julai 2011

Hari         : Jumaat-Ahad

Masa         : 3.30 petang(Jumaat)-12.30 tengahari (Ahad)

Tempat     : RNC, TANJUNG BIDARA, MELAKA.


 

Kehadiran:

  1. Guru SK Kubu    -En. Muhammad Saiful Rizan bin Baharom.

-Pn. Norbaidura Hainie binti Badrul Hisham.


 

  1. Murid-Murid -Muhammad Azlie Syah bin Mohd Zaini.

    -Koo Sin Yi

    -Aisyah binti Zarudin.


 

Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :

    

  1. Program Perkhemahan Pengakap Dan Kem Motivasi Pendidikan Khas
    peringkat Zon Bukit China telah dijalankan bermula 15 Julai 2011 (Jumaat) hingga 17 Julai 2011 (Ahad).Program ini telah dihadiri oleh 46 orang guru dan 64 orang murid Pendidikan Khas dari Zon Bukit China. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri murid-murid. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan dengan sistematik dan bersepadu secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid.


 

  1. Pada hari pertama 15 Julai 2011, semua guru dan murid telah berkumpul dan mendaftar pada pukul 5.00 petang. Setelah semua guru dan murid berkumpul taklimat tentang program diberi oleh En Muhammad Nidzam B. Ghazali (kem komanden)dan projek memasang khemah dimulakan. Di antara aktiviti yang dijalankan seterusnya ialah solat maghrib berjemaah dan ceramah tentang subjek Matematik. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari kedua bermula dengan solat subuh berjemaah, kuliah subuh, senamrobik, ice breaking, pertandingan membina istana pasir, aktiviti jalan lasak sejauh 3 km, permainan tradisional (konda kondi),ikhtiar hidup(membakar doh tepung), latihan untuk persembahan dan persembahan kebudayaan. Aktiviti yang dijalankan pada hari ketiga pula ialah solat subuh berjemaah, kuliah subuh, senamrobik, mengemas khemah, latihan kawad kaki, nyanyian lagu-lagu pengakap bimbingan Cikgu Muhammad Saiful Rizan B. Baharom dan majlis penutup.


 

  1. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En Yahya B. Md Tap, Pen. Pegawai Unit Pendidikan Khas,

Jabatan Pelajaran Melaka. Majlis penutup tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran

ibubapa dan penjaga. Majlis penutup diserikan dengan acara pemberian hadiah kepada

pemenang mengikut kategori masing-masing dan jamuan makan sebagai penutup program.


 

Penutup :


 

    Secara keseluruhannya, pihak pengelola program sangat berpuashati dengan perjalanan Program Perkhemahan Pengakap Dan Kem Motivasi Pendidikan Khas
peringkat Zon Bukit China dan berbangga kerana dapat menjayakan. Berkat sokongan dan kerjasama Guru-Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta komitmen semua guru Pendidikan Khas dari Zon Bukit China, dan murid-murid maka program ini dapat berjalan dengan lancar. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik dalam melaksanakan program dan aktiviti seumpamanya pada tahun-tahun yang akan datang.

No comments:

Post a Comment