Hari : Selasa
Masa : 8.00 pagi -7.00 petang
Tempat : Aquaria dan Petrosains KLCC, Kuala Lumpur.
Kehadiran:
- Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.
- 6 orang guru PPKI
- 2 orang Pembantu Pengurusan Murid
- 12 orang murid PPKI
Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
- Lawatan Akademik ke Aquaria dan Petrosains telah dijalankan pada 28 Jun 2011 bersamaan hari Selasa. Lawatan Akademik ini diadakan bertujuan untuk melahirkan murid-murid khas bermasalah pembelajaran yang mampu hidup berdikari dan boleh bergaul dengan masyarakat luar serta alam sekeliling. Ini bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, mampu merancang, dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
- Lawatan akademik ini disertai oleh 7 orang guru, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid(PPM) dan 12 orang murid PPKI SK Kubu. Murid-murid telah berkumpul seawal 7.15 pagi. Guru yang bertugas bertindak member taklimat ringkas kepada murid tentang perjalanan hari tersebut di Kuala Lumpur dan mengingatkan mereka tentang faktor keselamatan. Penyelaras program telah mengagihkan anak angkat guru masing-masing selaras dengan Care
And Correct Programme
untuk didampingi sepanjang hari tersebut.
- Sebelum memulakan perjalanan, Cikgu Muhammad Saiful Rizan membaca doa untuk memohon keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik. Bas bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai di kuala Lumpur pada pukul 11.00 pagi. Destinasi pertama yang dituju ialah Aquaria. Di sana murid-murid dapat menimba pengalaman tentang hidupan laut dan terdapat juga hidupan darat dan dua alam dipamerkan. Contohnya memerang, labah-labah, cicak tokek dan banyak lagi. Perjalanan di dalam Aquaria dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Touch Pool, The Stream, Jewels of The Jungle, The Deep Forest, The Coast, Oceanarium, Weird and Wonderful dan Coral Discovery. Di antara hidupan laut yang unik dan besar yang dapat dilihat ialah pirana, belut elektrik, gamat, arapaima, jerung, pari dan banyak lagi.
- Selepas lawatan di Aquaria, rombongan berhenti untuk makan di KFC Suria KLCC yang ditaja oleh KFC Holding
SDN BHD dan solat di surau KLCC. Perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Petrosains. Di Petrosains, murid-murid dapat belajar tentang dunia sains yang telah mengalami revolusi sejak zaman dahulu hingga sekarang. Perjalanan di dalam Petrosains dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Dark Ride, Arif Station, Petrojaya, Geotime Diorama, Science Station1,
Exploration, Nano Molecule World, Petrosains Speed, Oil Platform, Helicopter Simulator, Sparkz, Petrosains Space, Science Station 3, Teater Ungku Omar dan Arifoto. Murid murid kelihatan seronok kerana dapat mencuba barang pameran yang disediakan dan belajar secara tidak langsung tentang Sains. Guru-guru juga turut menerangkan kepada murid tentang pameran yang mereka lihat. Lawatan kedua-dua tempat ini ditamatkan pada pukul 5.00 petang dan selepas itu, rombongan pulang ke Melaka.
Penutup :
Secara keseluruhannya, pihak pengurusan PPKI SK Kubu sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menjayakan Lawatan Akademik ke Aquaria dan Petrosains,KLCC Kuala Lumpur untuk murid-murid bekeperluan khas Berkat sokongan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta usaha Guru-Guru Pendidikan Khas, PPM dan murid-murid maka Lawatan Akademik ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik pada program-program yang akan datang.
No comments:
Post a Comment