SEJARAH PPKI SK KUBU

PPKI SK Kubu telah ditubuhkan pada tahun 1996. PPKI ditempatkan di sebuah bangunan berasingan dari kelas biasa. Mempunyai lima kelas/bilik mengikut stesyen iaitu Bilik Bahasa, Pendidikan Islam/Moral, Matematik dan Kemahiran Hidup.

Tuesday, 16 August 2011

Laporan Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2011


Tarikh        :20dan21Julai 2011.

Hari        :RabudanKhamis.

Masa        :8.00 pagi

Tempat    :AmpangSuperbowl, Mahkota Parade, Melaka

Anjuran    : Unit PendidikanKhas, JabatanPelajaran Melaka.



Kehadiran:

  1. Encik Wan Khaldun Bin Wan Ismail. (Guru Pengiring)
  2. AisyahBintiZaruddin

     
PerjalananAktiviti / Pertandingan :
   
Pada20 dan 21Julai 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kubu telah menghantar seorang murid bersama seorang guru pengiring untuk menyertai Kejohanan Boling Tenpin Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Murid ini telah terpilih untuk mewakili zon Bukit Cina untuk acara beregu perempuan bawah 12 tahun. Setelah diadakan pemilihan dan pemerhatian semasa latihan sebelum ini, maka adik Aisyah Binti Zaruddin telah dipilih untuk berpasangan dengan adik Norasyikin Binti Abdullah dari kelas PPKI SK Ujong Pasir.

 
Hari pertama, Rabu, 20Julai 2011.
Pertandingan boling telah diadakan secara serentak dan pemilihan pemenang adalah berdasarkan bilangan jatuhan pin. Aisyah Binti Zaruddin dan pasangannya telah bermain dengan baik dan telah mendapat 123 jatuhan pin. Seterusnya telah terpilih menjadi naib johan. Johan acara beregu perempuan bawah 12 tahun telahdisandang oleh pasangan dari zonJasin.
Harikedua, Khamis, 21Julai 2011.
Pada jam 1.30 petang, majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Unit Pendidikan Khas iaitu Encik Abdul Aziz Bin Lani.

 
Penutup :
    Keseluruhannya, program berjalan lancar. Impak positif kepada murid juga dapat dilihat dari segi kosentrasi terutama semasa permainan, pergaulan sosial murid dan sikap hormat-menghormati antara mereka.
Pihak PPKI SK Kubu amat berpuashati dan bangga dengan pencapaian peserta yang terlibat kerana telah mengharumkan nama SK Kubu dan zon Bukit Cina. Pencapaian in idiharap menjadi pemangkin untuk kecemerlangan seterusnya.

Program Perkhemahan Pengakap Dan Kem Motivasi Pendidikan Khas Peringkat Zon Bukit China2011

Tarikh         : 15-17 Julai 2011

Hari         : Jumaat-Ahad

Masa         : 3.30 petang(Jumaat)-12.30 tengahari (Ahad)

Tempat     : RNC, TANJUNG BIDARA, MELAKA.


 

Kehadiran:

  1. Guru SK Kubu    -En. Muhammad Saiful Rizan bin Baharom.

-Pn. Norbaidura Hainie binti Badrul Hisham.


 

  1. Murid-Murid -Muhammad Azlie Syah bin Mohd Zaini.

    -Koo Sin Yi

    -Aisyah binti Zarudin.


 

Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :

    

  1. Program Perkhemahan Pengakap Dan Kem Motivasi Pendidikan Khas
    peringkat Zon Bukit China telah dijalankan bermula 15 Julai 2011 (Jumaat) hingga 17 Julai 2011 (Ahad).Program ini telah dihadiri oleh 46 orang guru dan 64 orang murid Pendidikan Khas dari Zon Bukit China. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para peserta tentang cabaran fizikal dan mental yang secara tidak langsung memantapkan semangat juang dan keyakinan diri murid-murid. Seterusnya perkhemahan yang dilaksanakan dengan sistematik dan bersepadu secara tidak langsung dapat mewujudkan peluang kepada para peserta mengembangkan kemahiran kognitif, afektif dan psikomotor murid-murid.


 

  1. Pada hari pertama 15 Julai 2011, semua guru dan murid telah berkumpul dan mendaftar pada pukul 5.00 petang. Setelah semua guru dan murid berkumpul taklimat tentang program diberi oleh En Muhammad Nidzam B. Ghazali (kem komanden)dan projek memasang khemah dimulakan. Di antara aktiviti yang dijalankan seterusnya ialah solat maghrib berjemaah dan ceramah tentang subjek Matematik. Aktiviti yang telah dijalankan pada hari kedua bermula dengan solat subuh berjemaah, kuliah subuh, senamrobik, ice breaking, pertandingan membina istana pasir, aktiviti jalan lasak sejauh 3 km, permainan tradisional (konda kondi),ikhtiar hidup(membakar doh tepung), latihan untuk persembahan dan persembahan kebudayaan. Aktiviti yang dijalankan pada hari ketiga pula ialah solat subuh berjemaah, kuliah subuh, senamrobik, mengemas khemah, latihan kawad kaki, nyanyian lagu-lagu pengakap bimbingan Cikgu Muhammad Saiful Rizan B. Baharom dan majlis penutup.


 

  1. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En Yahya B. Md Tap, Pen. Pegawai Unit Pendidikan Khas,

Jabatan Pelajaran Melaka. Majlis penutup tersebut turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran

ibubapa dan penjaga. Majlis penutup diserikan dengan acara pemberian hadiah kepada

pemenang mengikut kategori masing-masing dan jamuan makan sebagai penutup program.


 

Penutup :


 

    Secara keseluruhannya, pihak pengelola program sangat berpuashati dengan perjalanan Program Perkhemahan Pengakap Dan Kem Motivasi Pendidikan Khas
peringkat Zon Bukit China dan berbangga kerana dapat menjayakan. Berkat sokongan dan kerjasama Guru-Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta komitmen semua guru Pendidikan Khas dari Zon Bukit China, dan murid-murid maka program ini dapat berjalan dengan lancar. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik dalam melaksanakan program dan aktiviti seumpamanya pada tahun-tahun yang akan datang.

Kejohanan Petanq Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2011


Tarikh        :13 dan 14Julai 2011.

Hari           :Rabu dan Khamis.

Masa         :8.00 pagi

Tempat     :Gelanggang Petanq MBMB, Tanjong Kling.

Anjuran    : Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka.



Kehadiran:

  1. Encik Wan Khaldun Bin Wan Ismail. (Guru Pengiring)
  2. Muhammad Azlie Shah Bin Mohd Zaini
  3. Muhammad Azreen Syah Bin Mohd Fedelliey Syah   
  4. AzrulAmeen Bin Baharim

     
PerjalananAktiviti / Pertandingan :
Pada 13 dan 14 Julai 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Kubu telah menghantar tiga orang murid bersama seorang guru pengiring untuk menyertai Kejohanan Petanq Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Murid-murid ini telah terpilih untuk mewakili zon Bukit Cina untuk kategori lelaki bawah 12 tahun.
Setelah diadakan pemilihan dan pemerhatian semasa latihan sebelum ini, maka Muhammad Azlie Shah Bin Mohd Zaini telah dipilih untuk bermain dalam acara perseorangan. Manakala untuk acara berpasangand diwakili oleh Muhammad Azreen Syah Bin Mohd Fedelliey Syah dan Azrul Ameen Bin Baharim

 
Haripertama, Rabu, 13 Julai 2011.
Pertandingan diadakan secara liga yang mengandungi empat zon dan para peserta zon Bukit Cina perlu bertanding dengan peserta-peserta dari zon Alor Gajah, Melimau dan Jasin. Mengikut format pertandingan, pasukan yang menjadi johan dan naib johan kumpulan sahaja yang layak kepusingan seterusnya. Keputusan perlawanan adalah seperti berikut:
i) Perseorangan (Muhammad Azlie Shah Bin MohdZaini – Bukit Cina)
 
PerlawananSkorKeputusan
Bukit CinalwnAlor Gajah9 – 11Kalah
Bukit CinalwnJasin10 – 11Kalah
   
ii) Berpasangan (Muhammad AzreenSyah Bin MohdFedellieySyahdanAzrulAmeen Bin Baharim – Bukit Cina)
 
PerlawananSkorKeputusan
Bukit CinalwnAlor Gajah10 – 11Kalah
Bukit CinalwnJasin11 – 9Menang
Bukit CinalwnMerlimau11 – 7Menang

 

 
Harikedua, Khamis, 14Julai 2011.
Pada hari tersebut hanya peserta acara berpasangan sahaja yang turun bertanding kerana Muhammad Azli Shah, peserta perseorangan telah gagal keperingka tseterusnya. Keputusan perlawanan pada hari kedua adalah seperti berikut:
 
i) Berpasangan (Muhammad AzreenSyah Bin MohdFedellieySyahdanAzrulAmeen Bin Baharim – Bukit Cina)
 
PerlawananSkorKeputusan
Separuhakhir: Bukit Cinalwn Ayer Keroh13 - 3Menang
Akhir: Bukit CinalwnMerlimau13 – 9Menang

 
Pada jam 1.30 petang, majlis perasmian penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Sektor Pendidikan Khas Dan Swasta iaituTuan Abdul Halim Bin Abdul Malek.

 
Penutup :
    Secarakeseluruhannya, perjalanan program berjalan lancar walaupun hujan pada hari kedua aktiviti dan berlaku sedikit kelewatan waktu pulang peserta. Impakpositif pada murid-murid juga dapat dilihat dari segi kosentrasi terutama semasa permainan, pergaulan sesama murid dan kawalan diri. Pihak PPKI SK Kubu amat berpuas hati dan bangga dengan pencapaian para peserta yang terlibat kerana telah mengharumkan nama SK Kubu dan zon Bukit Cina. Pencapaian ini diharap menjadi pemangkin untuk kecemerlangan seterusnya.

Monday, 15 August 2011

Program Lawatan Akademik ke Aquaria dan Petrosains, Kuala Lumpur City Centre(KLCC) Kuala Lumpur 2011

Tarikh         : 28 Jun 2011

Hari         : Selasa

Masa         : 8.00 pagi -7.00 petang

Tempat     : Aquaria dan Petrosains KLCC, Kuala Lumpur.



Kehadiran:

  1. Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas.
  2. 6 orang guru PPKI
  3. 2 orang Pembantu Pengurusan Murid
  4. 12 orang murid PPKI


Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
  1. Lawatan Akademik ke Aquaria dan Petrosains telah dijalankan pada 28 Jun 2011 bersamaan hari Selasa. Lawatan Akademik ini diadakan bertujuan untuk melahirkan murid-murid khas bermasalah pembelajaran yang mampu hidup berdikari dan boleh bergaul dengan masyarakat luar serta alam sekeliling. Ini bersesuaian dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, mampu merancang, dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.

  2. Lawatan akademik ini disertai oleh 7 orang guru, 2 orang Pembantu Pengurusan Murid(PPM) dan 12 orang murid PPKI SK Kubu. Murid-murid telah berkumpul seawal 7.15 pagi. Guru yang bertugas bertindak member taklimat ringkas kepada murid tentang perjalanan hari tersebut di Kuala Lumpur dan mengingatkan mereka tentang faktor keselamatan. Penyelaras program telah mengagihkan anak angkat guru masing-masing selaras dengan Care
    And Correct Programme
    untuk didampingi sepanjang hari tersebut.
     
  3. Sebelum memulakan perjalanan, Cikgu Muhammad Saiful Rizan membaca doa untuk memohon keselamatan sepanjang perjalanan pergi dan balik. Bas bertolak pada pukul 8.00 pagi dan sampai di kuala Lumpur pada pukul 11.00 pagi. Destinasi pertama yang dituju ialah Aquaria. Di sana murid-murid dapat menimba pengalaman tentang hidupan laut dan terdapat juga hidupan darat dan dua alam dipamerkan. Contohnya memerang, labah-labah, cicak tokek dan banyak lagi. Perjalanan di dalam Aquaria dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Touch Pool, The Stream, Jewels of The Jungle, The Deep Forest, The Coast, Oceanarium, Weird and Wonderful dan Coral Discovery. Di antara hidupan laut yang unik dan besar yang dapat dilihat ialah pirana, belut elektrik, gamat, arapaima, jerung, pari dan banyak lagi.
  4. Selepas lawatan di Aquaria, rombongan berhenti untuk makan di KFC Suria KLCC yang ditaja oleh KFC Holding
    SDN BHD dan solat di surau KLCC. Perjalanan diteruskan dengan lawatan ke Petrosains. Di Petrosains, murid-murid dapat belajar tentang dunia sains yang telah mengalami revolusi sejak zaman dahulu hingga sekarang. Perjalanan di dalam Petrosains dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu Dark Ride, Arif Station, Petrojaya, Geotime Diorama, Science Station1,
    Exploration, Nano Molecule World, Petrosains Speed, Oil Platform, Helicopter Simulator, Sparkz, Petrosains Space, Science Station 3, Teater Ungku
    Omar dan Arifoto. Murid murid kelihatan seronok kerana dapat mencuba barang pameran yang disediakan dan belajar secara tidak langsung tentang Sains. Guru-guru juga turut menerangkan kepada murid tentang pameran yang mereka lihat. Lawatan kedua-dua tempat ini ditamatkan pada pukul 5.00 petang dan selepas itu, rombongan pulang ke Melaka.
Penutup :
Secara keseluruhannya, pihak pengurusan PPKI SK Kubu sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menjayakan Lawatan Akademik ke Aquaria dan Petrosains,KLCC Kuala Lumpur untuk murid-murid bekeperluan khas Berkat sokongan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta usaha Guru-Guru Pendidikan Khas, PPM dan murid-murid maka Lawatan Akademik ke Kuala Lumpur berjalan dengan lancar. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik pada program-program yang akan datang.

Minggu Aktiviti Pendidikan Khas 2011


Tarikh         : 18-20 Mei 2011

Hari         : Rabu hingga Jumaat

Masa         : 7.40 pagi -12.30 tengahari

Tempat     : Bangunan PPKI Sk Kubu.



Kehadiran:

  1. Guru Besar
  2. Semua Guru Penolong Kanan.
  3. Guru-guru PPKI
  4. Pembantu Pengurusan Murid
  5. Murid-murid PPKI




Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
  1. Minggu Aktiviti Pendidikan Khas PPKI telah dijalankan bermula 18 Mei 2011 (Selasa) hingga 20 Mei 2011(Jumaat). Minggu aktiviti ini diadakan bertujuan untuk mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dengan kaedah dan suasana yang berbeza daripada kebiasaan bersesuaian dengan peraturan-peraturan Pendidikan(pendidikan khas) 1997, bahagian 2 yang menyatakan Dalam melaksanakan kurikulum pendidikan khas, guru-guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti , mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan
    matlamat Pendidikan Khas.

     
  2. Pada 18 Mei 2011 bersamaan hari Rabu, aktiviti yang dijalankan ialah sukaneka, aktiviti Bahasa Malaysia dan aktiviti Pendidikan Seni. Permainan yang diadakan dalam aktiviti sukaneka ialah teka bentuk dan mengisi air dalam botol. Aktiviti ini dipilih kerana ia dapat melatih ingatan murid koordinasi motor kasar dan halus. Aktiviti Bahasa Malaysia juga menerapkan elemen permainan seperti kerusi beracun serta lukis dan teka. Elemen permainan sangat membantu dalam menarik minat murid semasa belajar. Aktiviti Pendidikan Seni pula megadakan aktiviti ikat dan celup dimana hasilnya akan dijadikan cenderahati kepada tetamu untuk majlis penutup.
     
  3. Hari kedua Minggu Aktiviti Pendidikan Khas diisi dengan aktiviti terapi air dan pertandingan tulisan khat. Aktiviti terapi air diadakan bagi memupuk keyakinan murid di dalam air.
  4.  Hari ketiga Minggu Aktiviti Pendidikan Khas telah diadakan aktiviti masakan dan Majlis Penutup. Majlis penutup telah dirasmikan oleh En Yahya B. Md Tap, Penolong Pegawai, Unit
    Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Melaka. Majlis penutup tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran Guru Besar, Guru Penolong Kanan HEM, Guru Penolong Kanan KOKU dan para ibu bapa. Majlis penutup diserikan dengan persembahan paparan power point, persembahan murid dan pemberian hadiah kepada para pemenang.
Penutup :
    Secara keseluruhannya, pihak pengurusan PPKI sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menjayakan Minggu Aktiviti Pendidikan Khas
2011. Berkat sokongan Guru Besar, Guru-Guru Penolong Kanan serta usaha Guru-Guru Pendidikan Khas, PPM dan murid-murid maka Minggu Aktiviti Pendidikan Khas berjalan dengan lancar. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik pada tahun yang akan datang.

Pertandingan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka 2011


Tarikh         : 5 Mei 2011

Hari         : Khamis

Masa         : 2.00 petang hingga 5.30 petang

Tempat     : Dewan MITC Ayer Keroh, Melaka.



Peserta-peserta :

1) Al - Nazreen Mubin B. Abd Aziz         (SK KUBU)

2) Aisyah Bt. Zarudin                 (SK KUBU)

3) Azreen syah b. Mohd Fedelliey Syah     (SK KUBU)

4) Azlie Shah B. Mohd Zaini             (SK KUBU)

5) Nur Zafirah Bt Ali                 (SK Ujong Pasir)

6) Nor Adillah Bt Abdul Azhari         (SK Ujong Pasir)

7) Noor Alia Bt Jefri                 (SK Bt Berendam)

8) Nur Atikah Bt Hussin             (SK Bt Berendam)

9) Nurfarhana Nabila Bt Rahim         (SK Bt Berendam)

10) M. Razif Bt Zainal                 (SK Bt Berendam)

12) Hadi Hafuza Bt Razali             (SK Bt Berendam)



Pengiring :

  1. Pn. Norbaidura Hainie Bt Badrul Hisham     (Guru SK Kubu)
  2. Pn. Norainie Bt Abu Bakar             (Guru SK Ujong Pasir)   
  3. Cik Lutchumi a/p Subramaniam        (Guru SJK Tamil Kubu)


Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
   
1)    Pada 5 Mei 2011, empat orang murid daripada Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kubu dan lapan orang murid daripada sekolah lain telah mewakili Zon Bukit China dalam Pertandingan Kebudayaan Pendidikan Khas Peringkat Negeri Melaka. Pertandingan yang diadakan bertujuan memberi pendidikan seni tari kepada pelajar PPKI dan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang nilai-nilai kesenian bangsa sebagai teras pembentukan masyarakat berbudaya.

 
2)    Bagi pertandingan kali ini, Zon Bukit China telah menghantar satu pasukan yang terdiri daripada 12 orang murid yang bertanding bersama-sama dengan 7 zon yang lain iaitu Zon Ayer Keroh, Zon Alor Gajah, Zon Merlimau, Zon Tanjung, Zon Jasin, Zon Masjid Tanah dan SKPK/SMK Tun Mutahir. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori sekolah rendah dan kategori sekolah menengah. Zon Bukit China telah membawa lagu tarian rampaian asli, inang dan joget selama 7 minit 35 saat. Kareografi tarian direka oleh Pn. Norbaidura Hainie Bt Badrul Hisham. Walaubagaimanapun dua orang guru dari sekolah lain terlibat bersama-sama melatih murid sehingga menghasilkan sebuah tarian yang baik. Pembantu Pengurusan Murid turut sama menyumbang tenaga dalam persiapan props tarian. Pertandingan ini diadili oleh lima orang pengadil dan diketuai oleh seorang pengadil dari Institut Seni Malaysia Melaka (ISSMA) iaitu Pn Noriah Bt Ahmad. Puan Suriani Bt Atan dan Puan Roslina Bt Senin terlibat sebagai ajk kerja pengira markah.

3) Pertandingan ini telah dirasmikan oleh Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka Tuan Haji Mohamad Sapian B. Siran. Pertandingan ini juga telah dimeriahkan dengan kehadiran Ketua Unit Pendidikan Khas En. Md Aziz B. Lani, Penolong Pengarah Unit Pendidikan Khas En. Yahya B. Md Tap, Ketua Unit ICT En Mujamal B. Baba dan Ketua unit Sains Sosial En Awaludin B. Joned.

 
4)    Zon Bukit China telah meraih gelaran naib johan dalam pertandingan ini manakala Zon Alor Gajah telah menjadi johan dan Zon Masjid Tanah telah mendapat tempat ketiga.

 
Penutup :
    Secara keseluruhannya, pihak Zon Bukit China sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menghantar murid menyertai pertandingan ini walaupun latihan hanya dijalankan selama 6 hari sahaja bermula pukul 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari. Berkat usaha semua guru yang melatih, akhirnya murid-murid ini dapat menari lebih baik daripada hari pertama latihan. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih baik pada tahun yang mendatang.

PROGRAM PERKHEMAHAN PENGAKAP ISTIMEWA PENDIDIKAN KHAS NEGERI MELAKA 2011


Tarikh : 19 hingga 21hb April 2011

Hari : Selasa hingga Khamis

Tempat : Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

Peserta-peserta :

1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz

2) Damutharan a/l Sukumaran

3) Azlie Shah bin Zaini

4) Mohd Azreen Syah bin Mohd Fedelliey Syah



Guru pengiring :

1) Pn. Roslina binti Senin.



Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
   
1)    Pada 19 hingga 21hb April 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kubu telah menyertai Program Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka.

 
2)    SK Kubu diletakkan di bawah pengurusan Zon Bukit Cina dimana sebanyak 8 zon telah terlibat dalam Program Perkhemahan Pengakap Istimewa Pendidikan Khas Negeri Melaka yang membabitkan lebih kurang 600 peserta dari seluruh negeri Melaka.

 
3)    Program Perkhemahan tahun ini dianjurkan oleh Zon Alor Gajah yang dilaksanakan di Hutan Rekreasi Ayer Keroh.

 
4)    Pelbagai aktiviti pertandingan telah dilaksanakan sepanjang program diadakan. Antaranya ialah mebina pintu gerbang dan gadget, nyanyian lagu pengakap, ikatan dan simpulan, pertolongan cemas, kawad kaki statik, ikhtiar hidup (Survival Skill), mewarna, memasak, karaoke dan persembahan dari para peserta program yang diseliakan oleh guru-guru yang terlibat. Semua aktiviti diadakan mempunyai objektif yang sama iaitu melahirkan semangat kerjasama dan persaingan antara para peserta.

 
5)    Walaupun keadaan cuaca tidak berapa mengizinkan di mana hujan telah turun pada waktu malam dan pagi, tetapi semua aktiviti telah berjaya dilaksanakan dengan komitmen dari semua yang terlibat. Ini menunjukkan semua peserta mempunyai 'survival skill' yang tinggi.

 
6)    Setiap zon dibekalkan dengan bahan mentah untuk persiapan makanan para peserta dan perlu dimasak oleh guru-guru, PPM dan murid-murid yang terlibat berdasarkan bahan mentah yang disediakan. Di sini elemen kerjasama telah diterapkan.

 
7)    Alhamdulillah, sepanjang program diadakan murid-murid SK Kubu sihat dan tidak menghadapi masalah untuk bergaul dengan rakan-rakan yang baru mereka kenali.   

 

 

 
Penutup :
    Keseluruhannya, pihak PPKI SK Kubu sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menghantar murid menyertai programn ini. Daripada pertandingan ini, dapat dilihat murid-murid PPKI SK Kubu dapat menyesuaikan diri dengan komuniti luar, berdikari, berdisiplin serta berjaya menunjukkan potensi diri dan bakat dalam aktiviti yang dilaksanakan.



Monday, 18 April 2011

Cucur kodok Kangkung

Hari ini murid telah pun menuai tanaman kangkung mereka. Oleh kerana sayur kangkung 'trial'...maka Cikgu Suriani menurunkan ilmunya membuat cucur kodok kangkung. Boleh tahan sedap juga rasanya... Ahmad Nor cakap...rasa daun jer cikgu!! hehehe

Lihatlah hasil tanaman mereka. Bebas racun serangga..selamat untuk dimakan!! Insya Allah...

Cucur kodok kangkung

Ameen dan Faizal gembira mencubanya

Cubalah!!

Pertandingan Bowling Zon Bukit Cina

Laporan Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas

Zon Bukit Cina, Melaka

2011


Tarikh : 31 Mac 2011
Hari : Khamis
Masa :  8.00 pagi hingga 1.30 petang
Tempat : Pusat Boling Antarabangsa Melaka (MIBC), Ayer Keroh.
Peserta-peserta :

1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz
2) Muhammad Danial B. Norazman
3) Ahmad Nur Muhammad B. M. Rasul
4) Azrul Ameen B. Baharim
5) Aisyah Bt. Zarudin

Guru pengiring :
1) En. Wan Khaldun B. Wan Ismail.

 Perjalanan Aktiviti / Pertandingan :
1)         Pada 31 Mac 2011, Program Pendidikan Khas Integrasi SK Kubu telah menyertai Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Peringkat Zon Bukit Cina. Pertandingan yang diadakan bertujuan mencungkil bakat terpendam dan memilih peserta bagi mewakili Zon Bukit Cina ke Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka.

2)         Bagi pertandingan kali ini, PPKI SK Kubu telah menghantar 5 orang murid yang akan bertanding untuk kategori lelaki bawah 14 tahun, lelaki bawah 10 tahun dan perempuan bawah 10 tahun. Pertandingan ini dijalankan dengan format 3 orang peserta bagi setiap lorong (lane) dan setiap peserta perlu bermain 2 set permainan. Setiap lorong akan diawasi dan dibantu oleh seorang lane marshal.

3)         Pertandingan tenpin boling ini telah dimeriahkan dengan kehadiran Encik Aziz B. Lani, Ketua Unit Pendidikan Khas, Jabatan Pelajaran Melaka, yang menutup rasmi pertandingan dan menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang dan peserta.

4)         Keputusan pertandingan kali ini adalah seperti berikut:

Kategori
Nama peserta
Jatuhan pin
Catatan
Lelaki bawah 10 tahun
1) Ahmad Nur Muhammad B. M. Rasul
50
Sijil
Perempuan bawah 10 tahun
1) Aisyah Bt. Zarudin
90
Johan
Lelaki bawah 14 tahun
1) Al - Nazreen Mubin B. Aziz
2) Muhammad Danial B. Norazman
3) Azrul Ameen B. Baharim
62

55

30
Sijil

Sijil

Sijil

5)         Pihak PPKI SK Kubu sangat berbangga kerana adik Aisyah Bt. Zarudin telah menjadi johan dan bakal mewakili Zon Bukit Cina ke Pertandingan Tenpin Boling Pendidikan Khas Negeri Melaka. Peserta yang lain juga telah menunjukkan semangat kesukanan yang tinggi walaupun tidak berjaya meraih sebarang trofi.

 Penutup :
            Keseluruhannya, pihak PPKI SK Kubu sangat berpuashati dan berbangga kerana dapat menghantar murid menyertai pertandingan ini. Daripada pertandingan ini, dapat dilihat murid-murid PPKI SK Kubu dapat menyesuaikan diri dengan komuniti luar, berdikari, berdisiplin serta berjaya menunjukkan potensi diri dan bakat dalam permainan boling. Semoga kejayaan pada kali ini akan mendorong kejayaan yang lebih gemilang pada tahun yang mendatang.
Disediakan oleh;
En Wan Khaldun bin Wan Ismail

Gambar-gambar semasa pertandingan;
Aksi Adik Ahmad Nor

Sang Johan: Aisyah bte Zarudin


Adik Al Nazreen Mubin sedang mendengar tip dari cikgu


Sunday, 17 April 2011

KH Perkebunan: Kangkung

Hari pertama setelah sekolah bercuti 3 hari kerana Sambutan Hari Melaka Bandaraya Bersejarah. Risaukan tanaman yang berada di kebun..pagi-pagi lagi dah jengah kebun..Alhamdulillah masih segar bugar lagi tanaman..mungkin sebab hujan kebelakangan ini.
Waktu matematik kelas S3 tadi, bawa murid pergi menyiram sambil mengira tanaman.
Sehari dua lagi..bolehlah kita menuai hasil tanaman kita. Kita buat kangkung goreng belacan ke..nasi goreng kampung ke...
Semoga murid-murid ini lebih suka untuk makan sayur yang mereka tanam sendiri!!

Kangkung setelah diberi baja organik



Baru setangah batas tanam..sbg percubaan

Kebun setelah dikemas

Monday, 11 April 2011

KH Masakan - Roti Bakar



Hari ini, aktiviti memasak diadakan di kelas PPKI. Giliran kelas Sinaran 1 dan 3 untuk 'beraksi'. Alhamdulillah, semuanya terang hati. Mungkin sudah ada pendedahan di rumah. Hari ini, kami beramai-ramai minum pagi dengan roti bakar yang disediakan oleh kedua-dua kelas ini. Terima kasih semua!!

Tidak tahu nak cakap apa lagi..melalui gambar di bawah boleh menceritakan suasana kelas Kemahiran Hidup pada hari ini..hehehe

Gambar peralatan dan bahan yang digunakan:
Kaya
Mentega
Piring

Sudu
Roti Potong
Gambar aktiviti;

Pelajar berpakaian lengkap + bahan2

Danial sedang mencuba membakar roti
Aisyah sedang menunggu rotinya


Bersedia untuk menyapu kaya dan mentega
Danial: saya suke yang hangit2 cikgu
Aisyah memotong roti kepada dua bahagian






Sunday, 10 April 2011

Kebun PPKI dan Projek Tanaman Herba

Syuaib dan Ameen di batas sayur kangkung
Dibinakan pondok untuk teduhan tanaman
Shuaib, Aisyah dan Ameen
Tanaman Herba
Batas kangkung..baru separuh tanam
Pokok Lengkuas
Pokok limau nipis
Limau nipis dan kunyit
Gambar kebun PPKI yang comel

Hari ini, bawa budak kelas sinaran 3 ke kebun. Subjek matematik, pelik kan...sekali fikir macam takde kena mengena. Tujuan bawa budak sinaran 3 ke kebun untuk pra nombor. Membezakan saiz dan mengenal warna hijau.

Mohd Shuaib agak tidak terkawal hari ini, jadi dengan membawanya ke kebun membuatkan dia melepaskan segala 'tensi' di sana. hehehe...agak berjaya juga..

Di kebun ini, kami ada menanam pokok limau nipis, lengkuas, kunyit dan halia. Sayur kangkung sebagai permulaan untuk projek yang lebih besar...Projek Keusahawanan.

Segala ilmu yang ditimba dahulu akan dicurahkan kepada anak-anak istimewa ini...Insya Allah!!

Thursday, 7 April 2011

Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan KUBU 2011

Tanggal 2 April 2011 (Sabtu) SK Kubu telah mengadakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-36. Sambutan yang menggalakkan dari ibubapa dan guru serta dimeriahkan lagi dengan kehadiran YB Datuk Gan Tian Loo ADUN Duyung. PPKI SK Kubu telah membuat persembahan tarian semasa mesyuarat agung tersebut.




Persembahan Tarian murid aliran perdana

Adik M.Danial menerima hadiah dari YB

Adik Aisyah menerima hadiah ten pin bowling

Add caption

Persembahan tarian oleh murid PPKI
Persembahan Tarian Rampaian Tradisional
Ahmad Danial diiring untuk mengambil hadiah dari YB Datuk Gan